Thursday, March 19, 2009

Berkongsi Kisah Kasihnya Ibu

...Ibu Mithali...

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.


"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali,


"Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "


Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?


Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.'


Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.


Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.


Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.


"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini.


"Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.


"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"



"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."



Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran."Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman."Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak.""Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."



Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya."Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."



"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."



"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya



"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"



"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."



"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"



"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.



"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka.



Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."



"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun."Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."



"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu."Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."



"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."



Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu."Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.Penat saya membersihkannya. "



"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan.""Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu.



"Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak.""Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."



"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."



"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."


"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"



"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."



"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah."Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."



"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."


"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."



"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."


"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."



"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."



"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."



"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "



"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."



"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."



"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu.



Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"




Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu."Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."



Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.



"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."


"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.




Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.



Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.



Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut."Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"



"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"



"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "



"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.



"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.




"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "



"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.



"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.




Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.




Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.




"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "



"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."



"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."




"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"




"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah.



"Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "



"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."



Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.Gadis itu menyambung bicaranya.



Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.




"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."



"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."



"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."



"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."



"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.



Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.'



Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'



Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.




"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "



Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.



Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.



Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.


Renung-renungkan dan Selamat beramal...

Thursday, March 12, 2009

...satu picisan...

Salam 3alaykum wa rahmatuLlah...

Maaf...
Hari ini lagu saya ada sendu,
Mahu marah? Untuk apa.Tiada makna.
Mahu senyum? Tidak terhurai.Muram lebih dahulu mengambil tempat.
Mahu sedih? Terasa yang amat.Tidak mahu sebenarnya.

Maafkanlah...
Hati durja tapi perlu pura-pura.
Kenapa?Ini hidup.

Maafkan sahaja...
Maafkan saja hati ini.
Maafkan saja pada mereka.
Lagu sendu jadi rindu.
Kerna,
Diri ini diri kamu.Diri kamu diri ini.

Resah jadi damai.
Gelora jadi tenang.
Benci jadi kasih.
Sayang makin rindu.
Lagu rindu makin tersenyum.
Lagu ini buat kamu-kamu.


~10 minit ini terlakar. Sekejap? Mungkin dari naluri barangkali. Maaf dan senyum selalu=)

Sunday, March 8, 2009

"Sollu 3ala nabiy..."

''Allahumma solli 3ala sayyidina Muhammad wa alihi wasohbihi wa baarik wa sallim"

BismiLlahirrahmanirrahim
AlhamduliLlah sampai saat ini kita masih lagi diberikan dua nikmat terbesar dari Allah Ta'ala kpada hamba2NYA yang terpilih,nikmat IMAN dan ISLAM~ Bertuahkan dua nikmat itu kita pernah,sedang dan insyaAllah, akan terus dirasai hingga hujung waktu kita di dunia fana' ni.Taqabbalna ya Allah...Tapi,selalu tak atau 'pernah' tak kita duduk bertafakur time ada peluang untuk aqal kita berfikir tentang ''dari mana datangnya'' n ''apa nilainya'' kita dikurnia 2 nikmat paling diidam2kan buat hamba-hamba Allah ni.Mungkin kita terlupa dengan kisah ini....


Pemergianmu~


Detik-detik RasuluLlah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, RasuluLlah SAW dengan suara terbatas memberikan khutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata RasuluLlah SAW yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "RasuluLlah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah SAW yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah SAW masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah SAW sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. SubhanaLlah...Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah SAW menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata RasuluLlah SAW, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah SAW menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya RasuluLlah SAW dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan RasuluLlah SAW lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh RasuluLlah SAW ditarik. Nampak seluruh tubuh RasuluLlah SAW bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan RasuluLlah SAW mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya RasuluLlah SAW pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar RasuluLlah SAW memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan RasuluLlah SAW mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku"(peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)".Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir RasuluLlah SAW yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu...

Seringkali tiap kali tarikh kelahiran Baginda SAW kita sambut dengan majlis-majlis ilmu yang mengingatkan kita pada sirah junjungan besar kita ini~Selawat dan salam ke atas Baginda SAW dan hali keluarga serta para sahabat sekeliannya~ Namun,jarang sekali kan kita bicarakan keadaan RasuluLlah SAW di akhir nafas Baginda SAW. Bukan bermaksud untuk menenggelamkan hari penuh barakah kelahiran makhluk paling sempurna di sisi Allah Ta'ala ini~Ampunkan ku ya Allah andai ini suatu kesalahan dari cebisan amalan kebajikan yang cuba ku lakukan.Jauhkanku dari golongan yang dihijab dr melihat kesalahan2 yg dilakukan.Wa3iyazubiLlah.Ameen...~ Cuma mungkin bingkisan kisah ini menambahkan lagi kecintaan dan rindu kita pada Syafa3atunaa SAW,kerna merindunya sebenarnya membawa cinta kepada Allah 'Azzawajalla.Hanya DIA yang selayaknya dipersembahkan cinta sejati~~~

Persoalannya.....
Mampukah kita mencintai sebagaimana cintanya Baginda SAW kepada kita,ummatihi? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi...

Tuesday, March 3, 2009

...ungu menjengah ruang T_T...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


'' Luke Hash (3/4/2009 4:45:14 PM): salam
Luke Hash (3/4/2009 4:45:17 PM): wani
Luke Hash (3/4/2009 4:45:22 PM): dpt bite x lg?
~nawani hamra'~ (3/4/2009 4:45:30 PM): w'salam wrt
~nawani hamra'~ (3/4/2009 4:45:31 PM): ye
~nawani hamra'~ (3/4/2009 4:45:35 PM): brite mnde???
~nawani hamra'~ (3/4/2009 4:45:48 PM): xtepon mesia pon arini
Luke Hash (3/4/2009 4:46:52 PM): skunk ni de exam x?
~nawani hamra'~ (3/4/2009 4:47:05 PM): xdok
~nawani hamra'~ (3/4/2009 4:47:11 PM): psl wan ke?..
Luke Hash (3/4/2009 4:47:19 PM): yea
Luke Hash (3/4/2009 4:48:02 PM): wani
Luke Hash (3/4/2009 4:48:03 PM): ok ke?
~nawani hamra'~ (3/4/2009 4:48:18 PM): jap....
Luke Hash (3/4/2009 4:48:24 PM): ok
~nawani hamra'~ (3/4/2009 4:57:59 PM): wani ok...''


Terkedu.

Petang di Maghribi. Terasa ingin 'mengatas taliankan' diri di YM,tapi sekadar halimunan. Beberapa saat, muncul Luke Hash (pak sepupuku) mengetuk salam di kotak YM. Ku kira sekadar bertanya khabar berita, rupanya mengkhabar duka~

Aku tidak terus bertanya apa sebenarnya berlaku. Pantas ku buka kotak lowrate untuk menghubungi bonda. 0.03 euro? Ah..cukupkah??? Terlupa top-up! Baru aje first time beli, memangnya terlupa untuk beli kali kedua. Biarkan~ Telefon rumah tidak terangkat. Pasti semuanya di sana...Aku mendail nombor kepunyaan nenda.Ternyata banyak suara-suara yang muncul dari corong telefon.Aku sudah mengagak sesuatu. Tapi jauh sekali mendoakan itu adalah sesuatu yang nyata, yang aku perlu dengar! Tuhan...redhai hati ini~

''Wan dah tak ada''. Jawapan serak dan sesak dari bonda cukup membuatkan dunia aku gelap seketika.Terbisu. Kisah bersama wan terus-terusan menjengah. Antara keluargaku dan wan cukup akrab. Kami pernah duduk satu bumbung untuk beberapa tahun...itu kisah kecilku. Tika berlainan bumbung, wan pula yang rajin bertandang...rindukan cucu-cucu katanya. Apapun...abah tak pernah biarkan wan sorang-sorang. Memang abah rajin menjenguk wan. Abah amat rajin menziarah bila saja waktunya lapang, pantang jika anak-anak berdiam di rumah. Pesannya...biar kita kenal semua waris-waris kita.Paling tidak waktu mati kita ada yang mendoakan dan mengingati. -betul bah~ Sekarang, semua itu hanya terlihat di wayang memori.Yang pasti, waktu aku pulang nanti aku tak dapat lagi menangkap wajah kedua-duanya dengan mata kasar~

Kata bonda, duduk berjauhan ni memang kena kuat terima apa saja yang berlaku. Jauh mana pun jarak, redha jangan dikurangkan. InsyaAllah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk hamba-hambaNYA...-talian terputus- ''bonda lagi kuat.angah kagum bonda!''~ Mutiara jernih itu jatuh lagi buat kesekian kali...ya Allah,jangan biarkan air mata ini mengalir kerana kesedihan yang tak mendatangkan manfaat buat hambaMU.Biarkan ia jatuh ke bumiMU kerana bimbangkan keadaan diri pabila Engkau menjemput nanti.Perkenankan kami semua ya Allah~

***

Usai bercakap dengan bonda, aku bertanyakan khabar adik perempuan. Dia baru sahaja selesai bacakan yasiin untuk wan usai solat subuh. Subuh untuk wan? Dia baru saja diizinkan rehat dari fardhu itu.Berehat lah secukupnya wan...moga jasad dan roh mu tidak gelisah tentang itu. Suatu yang tak pernah aku lupa...waktu solatnya tidak pernah ku lihat diringan-ringankan, walaupun jasad tua itu perlu menopang sesuatu untuk sucikan diri menghadap Pencipta, walau jasad itu tak lagi mampu berdiri lama. Malunya aku sebagai hamba yang diberi kekuatan jauh lebih beda dari jasad itu. Moga tarbiyyah ini tidak aku lekehkan hingga hujung waktuku nanti.Moga kalian juga begitu.Amiin. :) -Nasihat untuk adik, banyakkan istighfar, doa dan al-Fatihah untuk wan.Moga dia pergi dengan tenang. Allahumma yassirlaha amruha~

Ku matikan talian dengan adik.Tiba giliran satu-satunya ibu saudaraku sebelah abah. Mungkin saat ini hati itu yang paling perit untuk menanggung. Hati seorang anak perempuan tunggal. Mungkin dia tidak tidur semalaman.Kenal benar fe'elnya...hatinya memang terlalu sensitif.Apalagi bila diuji ujian semacam ini. Aku kaget untuk menelefon, bimbang makin mengganggu keadaanya.Tapi ku perlu kuatkan dia.Kerna dengan itu ku juga makin kuat! Sebetulnya, suara itu sangat lemah. Hilang semua ketegasan seorang ibu yang ada pada dia. Mendengar suara ku yang seakan cuba mendatar...oh,dia menangis lagi~ Sedayanya ku simpan sebak yang membukam. Aku cuba berbicara cara dewasa. AlhamduliLlah,tangisnya kurang. Kuatkan dia ya Allah...Sama-sama kita redhai yer Che' De.

Aku ikuti perkembangan pengurusan jenazah Allahyarhamah melalui bonda dan Along. AlhamduliLlah, segalanya Allah aturkan sebaiknya.Moga perjalanan wan di sana juga baik.Angah doakan wan~ Usai mendengar bacaan talkin dari handset Along, hati jadi risau. Risau dengan keadaan diri nanti. Entah bagaimana nasibku nanti??? Ku mohonkan husnul khatimah dalam perjalanan akhirku nanti.Juga doa buat kalian.Amiin ya Rabb...Moga kita tidak terkejut dengan kedatangan dua malaikat itu selepas kaki-kaki yang mengiringi ke kuburan mengatur langkah ketujuh.Moga segala pertanyaan dua makhluk mulia Allah Ta3ala itu dapat iman kita jawab sepantasnya.Moga...

**-Ana minta jasa kalian yang membaca sudi hadiahkan al-Fatihah diiringi doa-doa untuk nenda ana di alam satu lagi itu.Moga segala amalnya diterima dan dicurahi rahmat.Moga hidup kalian juga diberkahi dunya akhirah.Allahumma amiin..ameen~

*-Ana kisahkan dalam entry ana ini untuk pedoman buat diri ana dan entum semua mudah-mudahan. Dan tak lebih untuk mengenang memori ana bersama nenda tersayang. Maaf andai ini membuatkan entum terganggu untuk membaca:)
Apa pun...life must go on! Doakan saja untuk diri dan mereka~

''Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati (maut)''
-Ali-'Imran:185-




~da zikr~

Zikr of Allah

Abu Darda narrated that Rasool Allah said, “Should I not tell you of such a thinga which are the best and purest deeds in the court of your Lord, high in ranks (darajat), better for you then spending gold and silver (in Allah’s path), and better than slaying the neck of the enemy during war? The Sahaba said, “Yes, Oh Rasool Allah! .” He said, “It is Zikr of Allah.” (Tirmizi)

Abu Huraira narrated that Rasool Allah said, “Any gathering in which people sit and do not do Zikr of Allah and do not send Durood upon their Prophet is of loss for them. If Allah wills, give them azab (punishment) and if wills, forgive them.” (Tirmizi)

Abu Huraira narrated that Rasool Allah said, “Allah Tabaraka wa Ta’ala says when a person moves his lips for Zikr of Allah, I am with him. “ (Bukhari)

Abu Huraira narrated that Rasool Allah said, “Allah Tabaraka wa Ta’ala says I am closer to my slave than his supposition of which he keeps of me. And when he/her does Zikr of Allah, I am with him/her. If he does Zikr in his heart, I do his Zikr near MY proximity (closeness) and if he does Zikr in a gathering, I mention him in a gathering Afdhal (better) than it. (Bukhari)

Abu Musa Ash'ari narrated that Rasool Allah said, “He/She who does Zikr of Allah and he/she who doesn’t, their example is of like an alive and a dead. (Bukhari)

Abu Huraira said that Rasool Allah said, “The angels look for those who do Zikr of Allah on the paths. When they find those who are doing Zikr of Allah then they call each other, “Come, your desired has been found.” Then those angels cover those are doing Zikr of Allah up to the skies of this world with their wings. And Allah Rabbul Izzat says about them to those angels “What are my slave doing?” Though Allah knows more than those angels. The angels say, “Those people are doing your Tasbeeh, Tahmeed, and Tamjeed.” Rab Ta’ala says, “Have they seen me?” The angels say, “We swear by your pure Entity, they have not seen you.” Rab Ta’ala says to them, “If they had seen me then what would be their state?” The angels say, “If they could’ve seen you then they would do your Tamjeed and your Tasbeeh even more."

Rab Ta’ala says, “What slaves are asking from me?” The angels say, “They are asking for Jannat from you.” Rab Ta’ala says, “Have they seen Jannat?” The angels say, “We swear by Your Pure Entity, they have not seen Jannat.” Rab Ta’ala says, “If they had seen Jannat then what would be their state?” The angels say, “If these people had seen jannat then their greed, desire, and inclination for it would increase. Rab Ta’ala says, “What else are they doing?” The angels say, “They are seeking refuge.” Rab Ta’ala says, “From what are they seeking refuge?” The angels say, “They are seeking refuge from Hell.” Rab Ta’ala says, “Have they seen Hell?” The angels say, “Oh Rab, we swear by Your Pure Entity, they have not seen it.” Rab Ta’ala, “If they had seen it then what would be their state?” The angels say, “If they had seen it then they would run even further away from it and fear it even more.

Rab Ta’ala says, “angels, Be witnesses that I have forgiven them.” An angel says, “There is one person amongst them who is not part of those who do Zikr, he is there for some necessity of his/her.” Rab Ta’ala says, “These are such people that even those sitting among them are not deprived.” (Bukhari)

Anas narrated that Rasool Allah said, “When you pass by gardens of paradise, eat fruits of them. The Sahaba said, “What are the gardens of Paradise?” He said, “The gatherings of Zikr.” (Tirmizi)

Abu Huraira narrated Abu Saeed Khudri said that Rasool Allah said, “Whenever a Jama'at (a group of people) sits for Zikr of Allah, the angels surround it. Blessing covers that Jama'at. And peace and calm descends on them. And Allah mentions them to the angels present in HIS court. (Muslim)

Ameer Muaviah narrated that the Rasool Allah passed by a Jama'at and asked them, “Why have you gathered here?” Some people of the Jammat replied, “We have gathered here for the Zikr and Hamd of Allah because by guiding us towards Islam He did favor on us. Rasool Allah said, “By Allah, have you gathered only for this (purpose)?” They said, “By Allah, we have gathered here only for such purpose. Rasool Allah said, “I did not give you oath because of any imputation (doubt) rather it is because Jibraeel came to me and told me that Allah Azzawajal boasts of you in the gathering of the angels. (Muslim)

Abdullah Bin Abbas narrated that Rasool Allah said, “The Shaitan sticks to the heart of the child of Adam. When he does Zikr of Allah, he (the Shaitan) runs away from him. And when the child of Adam becomes careless from the Zikr of Allah, the Shaitan begins to put was-wasah (evil suggestions) into his heart. (Bukhari)

Abdullah Bin Umar narrated that Rasool Allah said, “Don’t have a conversation [without] Zikr of Allah. Because talking too much without Zikr of Allah is the reason for the heart’s hardness and wretchedness. And that person becomes distant from Allah in whose heart there is wretchedness. (Tirmizi)

Abudullah Bin Bisr narrated that one person asked, “Ya Rasool Allah! There are many commands on me of Islam. Tell me of such a thing which I may hold on to steadfast. Rasool Allah replied, “Always keep your tongue wet from Zikr of Allah.” (Tirmizi)

Abdullah Bin Bisr narrated that a villager came to the Holy Court of Rasool Allah and asked, “Which man is the best?” Rasool Allah said, “It is the luck and good-fortune of that person whose life is long and his deeds are good.” He asked, “Ya Rasool Allah! Which deed is the best?” Rasool Allah said, “Your tongue be wet from Zikr of Allah when you part from this world. (Tirmizi)

Muaaz bin Jabal narrated that Rasool Allah said, “The people of Jannat will only regret that moment which had been empty of Zikr of Allah.” (Beheqi)


"
فذكر ان الذكر تنفع المؤمنين "