Thursday, April 30, 2009

...bukan cheenta biasa...

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hatta hembusan nafas
terakhir..
Lidah Rasul Allah SAW menutur tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati!..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Tinggalkan bidadarinya di malam
pernikahan..
Lantaran menyahut jihad..
Akhirnya syahid di medan juang..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah r.a...
Tak pernah jemu memberi sokongan..
Rela mengorban segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam
dipinggirkan. .

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar As-Siddiq..
Kasih seorang sahabat yg tiada
tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan. .
Sewaktu kata-kata Rasulullah
dipersenda-sendakan. .

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah gersang
bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu, berlarian
mencari air..
Lantaran tiada kesanggupan
mendengar tangisan si anak
kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali k.w..
Di malam penghijrahan Nabi SAW..
Menggantikan Rasulullah di tempat
tidurnya..
Walau jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadai nyawa demi mempertahan
aqidah..
Iman di dada tiada sedikit goyah pun!..
Kerna keyakinan yang teguh atas
segala janjiNya..

Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yg berada di atas
jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yg memahami erti
kemanisan iman.

...
Mampukah diri ini meraih cinta luar
biasa..?

Mujahidku...imamku..
Namamu tidak terukir di catatan harianku
Asal usulmu tidak hadir
dalam diskusi perjalananku..
Wajah wujudmu tidak terlukis
dalam sketsa mimpi-mimpiku..
Indah suaramu tidak terakam
dalam pita batinku..
Namun ku tahu,
Kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
KERANA SESUNGGUHNYA dikau ADALAH HADIAH TERINDAH DARI YANG MAHA ESA UNTUKku..

Tiada ku mencari putera tertabal
Kerna aku hanyalah khadam yang hina
Aku mencari putera agama
Kerna ku ingin puteri mu'minah
Yang ku impi biarpun tiada punya rupa
Cukup sekadar sejuk mata hati ini memandang
Yang ku nilai bukanlah sempurna jasadnya
Tapi moga sihat nuraninya,terislah qalbunya..
Yang hadir kelak,
Tiada perlu rijal terbilang
Kerna aku srikandi penuh masa silam yang kelam..

"Yang terjadi kelak...
Andai tidak seiring kemahuan nurani
Diri amat meredhai...
Kerna itu terbaik dari ILAHI,termaktub dari azali"


~Padamu... ada al-asrar yang menjadi idaman mujahid, tersingkap dari diari nafasmu...
Dimuqaddimahkan secebis ma'rifah,

Jagalah humaira' pada wajahmu,

Jagalah nur syuhudiyya diqalbumu,

Jagalah akhlak nubuwwah pada perilakumu,

Moga kau dari bahgian mar'atus solehah...Ameen.

Thursday, April 16, 2009

*edisi tanda*

Assalamu3alaykum warahmatuLlah...

Err...sebenarnya entry untuk kali ini dah 'bersarang' dalam posting-an saya=D,hanya sahaja mahu di-publish dan 'siapkan kerja rumah' yang diberi tanpa 'waran'.aish~susah betul.sorry yer nenek wardatulhamra n k.wajia el-cumil-ah=D.terlebey suda~

Cute's Blogger Award!

Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Link atau ceritakan? Untuk orang pertama yang bagi 'award' ni, saya fikir saya pilih cerita=). Nenek a.k.a. Wardatulhamra...D.i.a ini sahabat yang ana sayang dengan sangat.Seperti dirinya yang ditulis di dalam blognya,begitulah dia...eheh~ Nek,kite minta izin ceritakan siapa itu nenek dalam kamus hidup kite buley?(Emangnya dia suruh ceritain,masakan ana ditanda kan?ekeke~just joking nek!jgn mare nanti kena denda joging keliling mahattoh@makan jaggong bebanyak kat kole berang kg Addah musim soif nanti=D)-ish2...banyak songeh- Ana dan d.i.a mula dipertemukan Allah Ta'ala di satu tempat penuh baraqah,MTANT. Jangan ditanya apa itu MTANT. Istilah itu terlalu sukar untuk dimengerti dengan kata-kata.kan Billa?~ Bibit-bibit ukhwah mula terjalin di situ hingga tahun ketiga. Terlalu banyak yang melewati kami selama itu. Ditakdirkan,kami jiran sebelah bilik. Apa-apa hal,d.i.a tukul je dinding gune kapak,-adakah kapak digunakan untuk menukul? D.i.a ini memang amat rajin menziarah jiran tetangga. Apa lagi jiran sebelah bilik kan,tahu-tahu aje le...Contoh yang perlu diikuti sekali-sekala,kalau diikuti selalu mau nye kalian nak menukul dahi d.i.a dengan bantal.-info:Bantal juga digunakan untuk menukul.Boleh rujuk buku teks kemahiran hidup edisi tadika.Terima kasih. Paling sinonim dengan diri d.i.a,d.i.a suka bercerita.Ana pulak suka dengar.suka3!

***

Overall,d.i.a. berjaya menjadi seorang s.a.h.a.b.a.t.,bukan kadar kawan! Itu sebenarnya yang saya mahu describe tentang d.i.a.terima kaseeh sahabat atas segalanya~tabarakaLlahu fik! Moga limpahan kasih-sayangNya menaungi hidupmu selamanya..Rasanya cukup sekadar itu.Mahu kenal d.i.a. lagi,sila dail nombor yang tertera pada kaca skrin komputer atau laptop anda.tak nampak panjang umoq insyaAllah^_~


Untuk penanda kedua akakku wajia el-cumil-ah, suka lah kiranya ana lampirkan link blognya yang cute-cute cumil ni. ~ituakujia~ ...sila la bertandang ke salah satu gerbang ilmu ni,datang sekali pasti nak lagi!=)jadi promoter untuk share ilmu,tak salah kan kak wajia?jangan rotan saya,belanja caramel strawberry satu kak!..riba' ke tuh?=D


Setiap
blogger hendaklah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.

1. [fakta] Erm...Bintu Rosli Nur Salwani...berstatus Angah dalam keluarga terceenta. terima kasih mak abah~~ nama ni akan bawa sesuatu yang terbaik buat kalian insyaAllah. Syukran juga untuk tok imam...=)

2. [fakta] Kaler pink,purple,green sukakan saya dengan sangat!~tak tahu kenapa=D

3. [hobi] Pantai Mohammedia suka jalan-jalan dengan saya. ~terima kasih.miss u a lot CIK PAMO!

4. [hobi] Suka usha-usha blog penduduk maya time malas bukak kamus...=D. Tak perasan sebenarnya ni hobi baru ana, adik ahlibait yang terlebih perasan.ehe~tahniah untuk awak dik.*clap*clap*

5. [fakta] Agak tinggisikit saja pon...dari akakku wajia el-cumil-ah,agak kurang ketinggian dari wardatulhamraerk? -sorry kak wajia,fakta ni termasuk list pulak.terbuktilah kecumilan akak kan3?...apapun,ini adalah suatu fakta.=Psape suh tag saye...lalala~

6. [fakta] Tika di malaysia,ana bermata morocco. Di morocco,ana bermata malaysia. -cnfirm ni memang fakta.Dan ana tidak tahu mengapa begitu=D Fakta ini 'dikurnia' oleh seorang sahabat yang belum bercahaya mata.Ana tunggu jugak nih...

7. [hobi] Suka mendengar.siapa yang sama hobi dengan saya sila angkat ibu jari! Suka dengar 'ceritera kasih'(bukan kekaseeh!) dan pandangan orang sekeliling tentang sekeliling. Sebab ana pun tak berapa pandai 'bercakap'.Sahabat-sahabat cakap ana pendiam tapi ada sesuatu.Err..gimana tu sih? Mungkin jari ana lebih pandai sikit bercakap dari mulut kot.Betul! Dengan mendengar, percayalah...banyak yang boleh kita ambil dari 'cerita' itu. Hidup makin berpengalaman. Cubalah!

8. [fakta] Sangat tertarik pada sesuatu yang bernama p.u.i.s.i. Kalau terserempak dengan p.u.i.s.i, pasti mata ana akan jatuh cinta.ish3..parah jugak. Mungkin ana sama rasa dengan mak kot,tiap kali baca bait-bait puisinya memang buat hati bergetar! Tapi ana tak pandai nak cipta macam mak, bakat tumpul. Time muda-muda dulu pernah la buat 2-3 ,tapi setakat diri sendiri yang baca,boleh la...puisi merapu=D
Pelawaan kak Zahirah untuk join GKLN masih belum terbuka hati untuk menerima. Segan!

9. [fakta] Nombor 2 paling meminati ana. Ana pun tak tahu kenapa dan mengapa 2 ni minat sangat kat ana nih...Sangat suka angka 2. Dilahirkan sebagai ahli kedua dalam keluarga. Juga pada bulan kedua. Sering jadi orang kedua termatangtertua sebenarnya..hee~ di dalam sesuatu list, di Maahad dan juga di kalangan ahlibet FBI ni... n In the future, mahu jadi isteri keduajangan la buat-buat terkezut selepas isteri pertama kepada seorang suami...nama madu ana;DAKWAH ISLAM -sedapkan nama tu?

10. [tiada ketegori] Ana dah tak tahu sangat la nak describe diri ana. Mungkin sahabat-sahabat sekeliling ana boleh describekan,sebab mereka ni 'cermin'.Tak gitu? Tak percaya,boleh minta sijil dan ilmu skali dari diorang^_~ Boleh terima hujahan ini?hee~

Noktah.

Agak segan sebenarnya ditanda oleh nenekku yang muda ini dan akakku yang tiada sangsi akan kecumilannya itu.Heheh...jangan mare ya habibatiy ukhtiy=P Ana memang tak tahu sangat pasal tanda-menanda or tag-mengetag nih.Nasib baik la soalannya agak-agak mudah...(agak-agak?walhal memang tak tahu nak jawab apa..ihi~).-ini la bahana kalau tidak bertanda.ish3... ada kena-mengena ke?=D

Apapun, syukran sudi jadikan ana sasaran tembak-menembak 'tag' ni. Parah jugak bila kena tembak ni..adess~ ''u r da cutest n mengadest nenek n kakaks in da world la!" o_0

dan... PEMENANG seterusnya adalah; :..Ceritera @MBe..: dia dipilih atas kretiria salah seorang jaguh penanda dan pemerintah pengupdatean blog ini.uhuh~ sila menjawab...

BarakaLlahu fiikoum~

Thursday, April 9, 2009

Cerita saya?...



Erm...Assalamu3alaikum warahmatuLlahi wa barakaatuh~=)

Awwalul kalam,AlahmduliLlah.Thumma Alhamdulilah.Thumma AlhamduliLlah...segala puji dan syukur hanya layak dipanjatkan li Rabbil 3alameen,Pencipta seluruh makhluk dan isi alam.Jangan pernah berhenti bersyukur dan berharap akan nikmat-nikmat yang diberi pinjam untuk kita selama bermusafir di bumiNYA,terpenting..,nikmat terbesar yang kita jarang 'nampak' ya3ni nikmat IMAN dan ISLAM.pernah nampak???uhu...tanya hati,jawab sendiri!dun wori,tade istidrok pon...=D Ana pun tengah duk tanya-tanya ni,entah da nampak,entah tidak..ish2..apa nak jadi la dengan budak nih!aish~ [muqaddimah ana ni cam sorang tazah nak bagi ceramah ke sorang budak yang berangan jadi tazah heh?coz ada ustaz yang tatau identitinya TERpanggil ana tazah,ustazah???adoyai~]ustaz salah orang ni.

Uhu~ Sebenarnya rasa cam teruja jeteruja la sangat... dapat hias teratak yang tak tahu tebal berapa meter,kilometer dan sewilayah dengannya la sawang-sawang ni lepas beberapa waktu teratak ni sunyi tanpa tuan...kesian kan dhoif-dhoif ana yang setia menunggu tuan punya teratak balik menghidangkan 'syei' na3na3 panas' bersama 'kus-kus' dan 'tojin' buat merekaperasan ada tetamu lak aih=p.HamduliLlah,selepas berhempas-pulaskan kepala 360darjah ke syiling ke lantai jua ke dinding,tergerak juga hati langsung mematahkan sendi-sendi jari tangan untuk menari tarian bebas tol berirama di keyboard pilihan hati=D astaghfiruLlah..entah apa ana mengarut ni tak tahu la,entum terpaksa layankan aja macam-macam ana nih kalau entum rasa masih boleh menerima award pengarutan sebegini..uhuh~

Erm..sebenarnya untuk entry kali ini ana tak boleh berceloteh panjang...kalau dibiar,nanti ada yang tersasar,bahaya untuk saham akhirat!ampunkan segala keterlanjuranku YA RABB~ Jadinya,ana nak ambil kesempatan masa yang ada ni untuk minta maaf dari entum pengunjung-pengunjung blog atas ketidak-hapdateanni la orang melayu,seme nak rojak=p blog ni atas alasan kebzan a.k.a kesibukan yang tercipta dan juga yang dicipta sendiri tanpa pengesahan. Agak lama tidak menjenguk,rupanya banyak yang berlaku kat sini. Paling tidak,follower bertambah?!uhuh...segan!Apa saja lah yang ada di sini ye?sekadar celoteh budak-budak setahun jagung=D Apapun,jazakumuLlahu khairan jaza' untuk kalian.Sangat hargai!sijil penghargaan tak ada...sorry.


Musim bunga sudah 'berbunga' di sini!sukasuki3!!~ Jadi insyaAllah,untuk entry akan datang jika diizin Allah Ta3ala ana akan ceritakan sedikit sebanyak apa yang berlaku sepanjang cuti musim bunga di tanah Tariq bin Ziyad ini walaupun sudah agak kelewatan.Tika bila pun,sejarah semalam tetap menjadi kenangan hari ini.Kan? Untuk itu,suka ana untuk 'berceloteh' serba sedikit program-program yang terisi time 3utlah baru-baru ini,biizniLlah.Moga nanti sama-sama dapat istifadhah dari itu.Apapun,hari ini juga ash3uru masrur bezzaf(sonok sesangat!-betoi ka ni?) diberi izin untuk sertai program anjuran student arab di jami'ah.Yang buatkan hati kami terpanggil untuk sama-sama bagi sokongan dan harapan bagi program ni,satunya kerana hadaf utama diorang untuk mengajak semua warga Magharibah umumnya,n warga jami'ah di Kenitra khususnya untuk memakai HIJAB yang sebenar-benar hijab.Memang kami merasakan kami tidak terlepas membantu mereka yang mahukan kebenaran menapak dengan kukuh di tempat yang sepatutnya telah kukuh,tapi akibat dari jajahan pemikiran bangsa Perancis yang amat dekat dengan diorang,ramai yang terkeluar dari garis sebenar.huhuh~panjang jugak celoteh,aduih..xpandai nak pendekkan la... InsyaAllah persoalan HIJAB ni pun akan dimasukkan dalam entry nanti,moga sama-sama dapat manfaat dan ambil ihtimam^_~ Kita sama-sama share apa yang Allah bagi sikit-sikit sorang kan?

Ok la...ana kena letak fullstop dulu la kat sini.Terbanyak pulak ambil masa kat depan pc pilihan hati nih..ish2...k,jazakumuLlah~

p/s: Untuk pemberi-pemberi award 'tag' baru ini,Billa,ust.Mustafami,T-rex n akakku Wajia al-cumel-ah...ana minta maaf 1001 kali maaf dari kalian.Tak menyempat jugak nak siapkan 'denda-denda' itu=D Agak buat-buat bz sejak 2 3 menjak ni...ish2..surri yep!~ Tapi,segan gak sebenarnya,ada lagi ke 'gejala' tag skang ni..cam da senyap kan3?ehe~ Perlu jalankan jugak ke 'denda' nih?=p

Wada3an~~~