Friday, February 27, 2009

-_-sedingin malam...-_-



BismiLlah ar-Rahmaan ar-Raheem...

Assalamu3alaykum warahmatuLlah wabarakatuh~ Erm...sebenarnya time ni dan minggu ni saye(tukar panggilan kejap boleh kan?bahasa saja yang tertukar.setuju? jangan pulak ada yang cakap tak thiqah dan tak tetap pendirian.bergantung pada husnu dzon n su'udzon korang.ehe..) takde idea nak hapdate pape entry untuk dipostkan.(terutama buat dhuyuf2 yang sudi setia bertandang..choukran jazeelan ya dhuyufil kirom~ tak sangka ada gak yang nak baca entry saye yang ntah pape ni kan?ish2..segan sebenonye..huhuh=D )

Ramai da bising suh ana hapdate ni.Tapi ana fenin sebenarnya..tak taw la nak sajikan apa untuk kamu-kamu ini...da la tak pandai menulis a.k.a menaip sesuatu yang besh2=p...ish2...tapi ana nak post je la ye kali ni.Sekadar tak nak biarkan umah ana ni lagi tebal sawangnya.ihhi~Kalau tak besh,just klik kan je palang bersilang kat hujung atas skrin ni..=)

Actually,ana bukan tak ada cerita(bak kata ukhtiy kk al-sasterawaniyah) or tak nak update sebab dah dapat angka 2(bak kata ukhtiy wajia al-cumil-ah) or ape-ape yang sekepala dengan telahan-telahan itu..=D. Tapi ana cuba mencari ruang yang betul dan kondusi yang tepat untuk post kan sesuatu yang kita sama-sama boleh tilik2,renung2 n amal2...-sorry ukhtiy kk al-sasterawaniyah,bahasa yang saye guna disalah guna pakaikan secara sengaja buat sementara..harap dimaafi..-. Sebelum ni ana nak post kan entry bertajuk dot.dot.dot...tapi kekeringan idea.bila la idea ni nak basah erk??..tapi mungkin hajatku belum diizinkan.InsyaAllah akan mencelah selepas ini.moga~


Maaf.Muqaddimah tidak sekata dengan tajuk entry.(takde kan perkataan 'malam' kat atas-atas tu kan..ehe) Sengaja ana letakkan tajuk macam tu.Kenapa erk?Hanya Allah Ta3ala dan diri ana saja yang tahu.Seminggu dua ini ana lebih bermuhasabah diri.Cuba kenali diri.Dan cuba perbaiki apa yang perlu dibaik pulih;diri,iman dan amal.Mungkin itu yang buat tangan ana membisu.Memikirkan diri yang terlalu dhoif."Layakkah untuk aku memberi tahu dan mahu kepada sahabat sahabiyah,sedangkan diri sendiri terlena??",monolog ini yang selalu berdentum di telinga hati.Terkedu.Tapi mujur lah Allah mengingatkan hamba kerdil ini untuk teruskan.Walau hanya sedikit cuma untuk diri dan kamu-kamu.

فلعلك تارك بعض ما يوحى إليك وضائق به صدرك أن يقولوا لو لا أنزل عليه كنز أو جاء معه ملك, إنما أنت نزير, والله على كل شيء وكيل.
“Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya dadamu, kerana khuatir bahawa mereka akan mengatakan: mengapa tidak diturunkan kepadanya perbendaharaan (kekayaan) atau datang bersama-sama dengan dia seorang malaikat? Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah Pemelihara segala sesuatu” (QS Huud: 12).

Sukar sebenarnya nak berbuat baik.Kan?Lagi pula untuk istiqamah dan istimrar berbuat amal...amat payah dirasakan.Iman selalu saja naik dan turun.Nama kan manusia~ Asal ada usaha untuk naikkan,itu sudah baik.Dalam buat kebaikan pun kekadang ada yang tersasar.Tanpa sedar?mungkin.Wahai Tuhan yang Maha membolak-balikkan hati,tetapkan lah hati kami atas agama-MU dan ketaatan pada-MU.Ameen ya Rabb~

فاستقم كما أمرت ومن تاب معك ولا تطغوا إنه بما تعملون
“Maka tetaplah (Istiqâmahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (QS 11:112).

"Kuatkan ku ya Allah untuk terus thabat berjuang pada jalan Mu ya Rabb...''. Terima kasih untuk orang-orang yang tak pernah putus mendoakan diri ini.Moga kalian juga begitu...taqabbalnaa ya Allah..n Thanks a lot bonda!mizz u like crazy~ Choukran bizzaf untuk sahabat sahabiyah yang sudi menopang bahu kalian tuk ana bersandar buat seketika waktu.Hanya Allah Ta3ala mampu membalas.TabarakaLlahu fikoum!
(apesal timbul babak ni??xsuka.....)

Apepon,S.E.M.A.N.G.A.T! Kan kawan???


Sabda Rasulullah S.A.W : Keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yangmenimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman iaitu apabila mendapat kesenangan dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya.


Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi , sekukuh apa pun cabaran yang harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yang kita rasai , sejenuh mana pun hari2 yang kita lalui , jangan pernah berhenti berharap kepada RABB kerana harapan adalah sumber kekuatan , kerana doa adalah senjata orang yang beriman. "Sesiapa yang dikehendaki ALLAH baginya kebaikan akan diberikan cubaan kepadanya"-HR Bukhari.

Erm...kali ni ana pon tak taw ape kene ngan diri ana nih.Bak kate kawan ana sorang tuh,"macam-macam..."uhuh~ biar aje.Sekadar terasa mahu meluah coretan qalbu.Selagi 'macam-macam' ana ni tak tersasar dari undang2 agama tak salah kan...ok. Stop2kan la tangan tu menaip."macam2 la dye nih..''

Wassalam~ =)

1 comment:

Bunga Merah said...

yes!S.E.M.A.N.G.A.T!Kamu tak akan pernah sendiri,mak cik ku~