Friday, February 27, 2009

-_-sedingin malam...-_-



BismiLlah ar-Rahmaan ar-Raheem...

Assalamu3alaykum warahmatuLlah wabarakatuh~ Erm...sebenarnya time ni dan minggu ni saye(tukar panggilan kejap boleh kan?bahasa saja yang tertukar.setuju? jangan pulak ada yang cakap tak thiqah dan tak tetap pendirian.bergantung pada husnu dzon n su'udzon korang.ehe..) takde idea nak hapdate pape entry untuk dipostkan.(terutama buat dhuyuf2 yang sudi setia bertandang..choukran jazeelan ya dhuyufil kirom~ tak sangka ada gak yang nak baca entry saye yang ntah pape ni kan?ish2..segan sebenonye..huhuh=D )

Ramai da bising suh ana hapdate ni.Tapi ana fenin sebenarnya..tak taw la nak sajikan apa untuk kamu-kamu ini...da la tak pandai menulis a.k.a menaip sesuatu yang besh2=p...ish2...tapi ana nak post je la ye kali ni.Sekadar tak nak biarkan umah ana ni lagi tebal sawangnya.ihhi~Kalau tak besh,just klik kan je palang bersilang kat hujung atas skrin ni..=)

Actually,ana bukan tak ada cerita(bak kata ukhtiy kk al-sasterawaniyah) or tak nak update sebab dah dapat angka 2(bak kata ukhtiy wajia al-cumil-ah) or ape-ape yang sekepala dengan telahan-telahan itu..=D. Tapi ana cuba mencari ruang yang betul dan kondusi yang tepat untuk post kan sesuatu yang kita sama-sama boleh tilik2,renung2 n amal2...-sorry ukhtiy kk al-sasterawaniyah,bahasa yang saye guna disalah guna pakaikan secara sengaja buat sementara..harap dimaafi..-. Sebelum ni ana nak post kan entry bertajuk dot.dot.dot...tapi kekeringan idea.bila la idea ni nak basah erk??..tapi mungkin hajatku belum diizinkan.InsyaAllah akan mencelah selepas ini.moga~


Maaf.Muqaddimah tidak sekata dengan tajuk entry.(takde kan perkataan 'malam' kat atas-atas tu kan..ehe) Sengaja ana letakkan tajuk macam tu.Kenapa erk?Hanya Allah Ta3ala dan diri ana saja yang tahu.Seminggu dua ini ana lebih bermuhasabah diri.Cuba kenali diri.Dan cuba perbaiki apa yang perlu dibaik pulih;diri,iman dan amal.Mungkin itu yang buat tangan ana membisu.Memikirkan diri yang terlalu dhoif."Layakkah untuk aku memberi tahu dan mahu kepada sahabat sahabiyah,sedangkan diri sendiri terlena??",monolog ini yang selalu berdentum di telinga hati.Terkedu.Tapi mujur lah Allah mengingatkan hamba kerdil ini untuk teruskan.Walau hanya sedikit cuma untuk diri dan kamu-kamu.

فلعلك تارك بعض ما يوحى إليك وضائق به صدرك أن يقولوا لو لا أنزل عليه كنز أو جاء معه ملك, إنما أنت نزير, والله على كل شيء وكيل.
“Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebahagian dari apa yang diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya dadamu, kerana khuatir bahawa mereka akan mengatakan: mengapa tidak diturunkan kepadanya perbendaharaan (kekayaan) atau datang bersama-sama dengan dia seorang malaikat? Sesungguhnya kamu hanyalah seorang pemberi peringatan dan Allah Pemelihara segala sesuatu” (QS Huud: 12).

Sukar sebenarnya nak berbuat baik.Kan?Lagi pula untuk istiqamah dan istimrar berbuat amal...amat payah dirasakan.Iman selalu saja naik dan turun.Nama kan manusia~ Asal ada usaha untuk naikkan,itu sudah baik.Dalam buat kebaikan pun kekadang ada yang tersasar.Tanpa sedar?mungkin.Wahai Tuhan yang Maha membolak-balikkan hati,tetapkan lah hati kami atas agama-MU dan ketaatan pada-MU.Ameen ya Rabb~

فاستقم كما أمرت ومن تاب معك ولا تطغوا إنه بما تعملون
“Maka tetaplah (Istiqâmahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” (QS 11:112).

"Kuatkan ku ya Allah untuk terus thabat berjuang pada jalan Mu ya Rabb...''. Terima kasih untuk orang-orang yang tak pernah putus mendoakan diri ini.Moga kalian juga begitu...taqabbalnaa ya Allah..n Thanks a lot bonda!mizz u like crazy~ Choukran bizzaf untuk sahabat sahabiyah yang sudi menopang bahu kalian tuk ana bersandar buat seketika waktu.Hanya Allah Ta3ala mampu membalas.TabarakaLlahu fikoum!
(apesal timbul babak ni??xsuka.....)

Apepon,S.E.M.A.N.G.A.T! Kan kawan???


Sabda Rasulullah S.A.W : Keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yangmenimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman iaitu apabila mendapat kesenangan dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya.


Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi , sekukuh apa pun cabaran yang harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yang kita rasai , sejenuh mana pun hari2 yang kita lalui , jangan pernah berhenti berharap kepada RABB kerana harapan adalah sumber kekuatan , kerana doa adalah senjata orang yang beriman. "Sesiapa yang dikehendaki ALLAH baginya kebaikan akan diberikan cubaan kepadanya"-HR Bukhari.

Erm...kali ni ana pon tak taw ape kene ngan diri ana nih.Bak kate kawan ana sorang tuh,"macam-macam..."uhuh~ biar aje.Sekadar terasa mahu meluah coretan qalbu.Selagi 'macam-macam' ana ni tak tersasar dari undang2 agama tak salah kan...ok. Stop2kan la tangan tu menaip."macam2 la dye nih..''

Wassalam~ =)

Sunday, February 15, 2009

~~...sayonara digit 1..ahlan wasahlan wa marhaban bik angka 2...~~


adaapadengan15februari1989bagiku???


...and...

''bezday~''

..jom sesama renungi yep!moga sama2 beroleh berkat dari Yang Maha Menciptakan..




~~da mozz important lafdz; TERIMA KASIH SAYANG CINTA MAK ABAH!kaseh ini untuk ayahbonda.sayang ini untuk kamu-kamu.cinta ini buat kalian~

Ibn Mas'ud berkata " Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku meningkat tetapi amalanku tidak meningkat"

Thursday, February 12, 2009

bicara bidadari berwajah manusia



Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah
manusia...

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum
hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu
sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;

"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana
tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku,
kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan
sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai
adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki...
menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr
egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya
wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman
Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan
lemah, tp senjata."


Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi...

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd
hambanya? Wahai para lelaki yg beriman,
tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman
lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg
beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan
tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa
terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya?
Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai
sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak
mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd
dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat
wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah
kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita
syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak
memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami
mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg
suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata
Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah
semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2
mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita
yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan
lelaki yg soleh."

Adik masih x puas ati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi
peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"

Sang bidadari berwajah menguntum senyum
penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam
kasih sayang pd penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri
setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas
insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri
wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri.
Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya
runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi
peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid.
Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan
belum cukup lagi dunia melihat diri mereka.
Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi
psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti
melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."

Adik garu2 kepala.

"Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah
didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali
mereka???"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga
ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad
dalam dunianya sendiri.

"Wahai adikku. Di zaman Rasulullah,
diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk
menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah
dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka
demikianla adikku menilai mereka. Tp perlu juga
dilihat pd hatinya... pd akhlaknya...

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg
solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau
cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2
mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan
cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu
sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini,
tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yg
mereka th hak ALLAH. Cuma kadang2 term
solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang
mereka takut pd persepsi wara dan alim.
Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya,
wara' itu bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'.
Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg
berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya.
Persepsi yg salah pd dua perkataan ini
menjadikan mereka takut untuk berubah kepada
stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi
masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH
tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa
tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim
kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan
hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui
apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa
ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini...
Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2
merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan
penuh kemuliaan...

Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita.

Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan
debu2 kilauan pasir.

Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x
berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia
berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu
dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah
di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku
belum dipetik. Lantas ia merendahkan
martabatnya dan menggugurkan diri menyembah
tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH
jadikan begitu tinggi martabatnya.
Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... elok
sifatnya...
sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya.
Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa
memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp
mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di
dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak
semestinya dipetik di taman dunia kita? Tp lebih
bermakna bila ALLAH sendiri yg mengarahkan
hamba yg disayanginya utk memetik di taman
akhirat kelak."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan
sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg
kemerahan??


Sang bidadari lalu bangkit
Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti
kan dia sambung perbualannya dengan penghuni
syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih
jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2
adalah penghuni2 syurga!


Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya

bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi
bidadari syurga???
Layakkah aku ya Allah.....

Wednesday, February 11, 2009

utasan tasbih buat si puteri...


Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.....

Wahai Tuhan...

" Hati ini mungkin tidak seteguh Sumaiyah,
Jiwa ini mungkin tidak segagah Fatimah,
Tulus tidak setanding Rabiatul Adawiyah,
Jasad ini tidak setegap Masyitah,
Namun harapku berupaya mencontohi sedikit kekuatan jiwanya Sumaiyah,
Mencontohi perawakan mulia Mariam,
Menjadi wanita faqihah sebijak Aisyah,
Menjadi mar'ah setabah hati Asiah,
Menjadi serikandi sehebat jiwa Sumaiyah,
Menjadi insan indah seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah,
Menjadi isteri soleheh setulus kasih Khadijah."



Puteri sekalian....
Seronokkan berada ditempat mereka?
Semuanya serikandi penghuni syurga hakiki,
Semuanya mendapat layanan khas dari Ilahi,
Semuanya diberi bayaran setimpal dengan pengorbanan yang mereka beri.
Bertuah sungguh mereka....
Nama diukir dalam sejarah sebagai serikandi yang menegakkan agama....
Kagum pada mereka....
Tidak hairan dengan dunia tapi dapat ganjaran berganda....
Mahu mencontohi mereka....
Tapi dari mana perlu dikorek upaya?
Mengapa?
Tidak berdaya?
Atau .... lebih cinta pada dunia?


Jangan puteri...
Kamu mutiara Islam bukan?
Nah...Pancarkan kilauan kamu!
Biar silau si mata kuffar,
Biar kelabu pandangan si mungkar,
Jangan dibiar debu hitam dekat padamu!
Jangan dibiar kekotoran menyelaputi kamu!
Jangan sampai malap sinarmu!


Puteri,
Allah kita tahu bahawa kita sungguh istimewa...
Lihat saja bagaimana layananNya pada kita....
mahar....
'orang yang beriman adalah mukmin yang berbuat baik pada isterinya'
'syurga di bawah telapak kaki ibu'
'ibumu, ibumu, ibumu.....bapamu'
Jangan kamu tidak tahu puteri....
bahwa ramai yang cemburu padamu....
Kerna kamu diberi segala!
Siapa yang paling mudah diberi syurga?
Kita puteri ! kita!
Apalagi yang kamu mahu puteri?
mahukan keseronokan dunia yang seketika?
Bukankah gelaran bidadari di syurga yang lebih berharga?


Cuma....
Jika mahukan gula-gula....
ongkosnya perlu.
Mari kita menawar!
5 sen kamu diberi 1 gula-gula,
10 sen kamu akan dapat 2,
Seringgit kamu dapat 20,
10 ringgit 200 gula-gula untuk kamu,
100 ringgit, 2000 milik kamu!
Jika ditawar pada kanak-kanak kecil....
tentu bulat mata mereka kn?
Tentu mereka teruja kn?
Atau...mungkin mereka melonjak keriangan...
Tapi....no money no sweets syg....
Begitu juga dengan syurga Ilahi....
Ada 7 semuanya...
Pilihlah mana satu pilihan hati
Semua warna ada...
Semua wangian ada...
Semua keseronokan ada...
Macam-macam ada.....
Wah!...puteri tidak mahukah???
Di sana semua ada kekasih Allah tau...


Tapi....
Puteri perlu membuat bayaran dahulu puteri...
Tempat itu terlalu istimewa untuk diberi percuma....
Mahu mencuba?
Marilah....
Bayarannya mudah sahaja....
hanya ketaatan.
lain?
tiada.
hanya ketaatan.
Benar?
Iya...tidak tipu puteri...
Hanya ketaatan.
Dengan ketaatan...
pastinya debu hitam segan mendampingi kamu...
dengan ketaatan...
tentu sekali berseri jadinya kamu...
Percayalah!
Sinarilah diri kamu dengan kilauan keimanan dan ketakwaan puteri...
Dan kamu akan dapati..
segala keinginan kamu dipenuhi tanpa kamu sedari.
Jangan mudah melatah dengan janji dunia puteri.
Kemewahan, kesenangan, pangkat, kemasyhuran...
' takde maknenye puteri'
Jangan kamu ingat jika kamu perlihatkan kecantikan kamu,
kamu dipandang sebagai wanita yang cantik.
Jangan Kamu rasa jika kamu menontonkan bahagian tubuhmu,
Kamu dianggap wanita yang didamba solehin,
Jangan fikir jika kamu melunakkan suara kamu,
suara kamu didengari merdu,
Jangan kamu pernah terlintas dibenak kamu bahwa kamu akan dikasihi....
sekiranya ini sikap kamu!
Siapa mahu wanita seperti ini untuk diberi kasih sayang melainkan untuk diperguna?


Puteri...
Segalanya bermula dari kamu puteri....
Kerna kamulah penentu pada kelangsungan
penegakan kalimah 'La ilaha ilallah...'
Kerna kamulah yang menjadi nadi
pada penghayatan 'Muhammadurrasulullah'...
Jika kamu unggul pada kaca mata Ilahi,
maka..cemerlanglah Islam keseluruhannya.
Jika kamu 'gagah' dari penindasan kepalsuan duniawi,
maka...Islam tidak lagi dagang di dunia.
Besar sunggguh nilai kamu puteri!
Hebat sungguh pengaruhmu wahai puteri!
Bererti sungguh kehadiranmu puteri!
Kerna, dari kamulah lahirnya generasi penegak Islam!
Kerna, dari kamu jugalah lahirnya generasi perosak Islam!
Nauzubillah....


Hah!
Marilah wahai pengganti Asiah!
Marilah wahai waris Khadijah!
Marilah wahai puteri sumaiyah!
Marilah wahai permata Rabiatul Adawiyah!
Kita tegakkan Islam!
Kita sayang Islam!
Kita gahkan Islam!
Bagaimana?
Bagaimana lagi puteri?
kita ubah diri kita!
Kita jadi muslimah yang solehah!
Kita dokong dan julang Islam puteri!
Semoga....
Islam terus unggul di persada maya!
Ameen.....



''Putri punya impian kan?''

Wednesday, February 4, 2009

~bisikan hati...~

Salam 3alaykum warahmatuLlah...

Tiada ucapan paling indah saat insan dikurnia kebaikan tika melalui segala mehnah hidup duniawi melainkan titipan tahmid meniti di bibir insan2 yang slalu cube untuk menjadi hamba yang pandai berterima kasih kpd Pencipta Maha Agung,Maha punya sifat penuh Kesempurnaan.moga ku tak lepas dr golongan ini~

Selalu diterjah dgn pelbagai persoalan hidup,tak lekang diuji dengan pelbagai cubaan...ini ujian dunia yang 'dikurnia' Tuhan untuk hamba2-NYA yang diberi perhatian.Kerna hanya ganjaran yang baik-baik akan diganjarkan buat makhluk2-NYA yang sabar menempuhi.''...fasobrun jameel...''..sabar itukan indah. ya! seindah natijah yang diperoleh berkat kesabaran yang tinggi.jika redha selalu mengiringi dugaan yang datang,kemanisan yang tak terucap menanti kita dipintu bahagia.setuju?

Erm..sbenarnya posting kali ni tiada sgt ilmu yang ana nk share.cume terasa ingin menulis.*menulis erk?bkn menaip ker..*p'gunaan 'menulis' lbih di rasakan.mungkin~
Ana tak nak melalut panjang,cuma perasaan skarang ni tak menentu,mungkin berada dalam zon imtihan.esok dua madah ana perlu amek.doakan~

Time ni,pukul 3a.m. wktu morocco.baru shja selesai menelefon bonda yang teramat dirindu~ Entah kenapa hari ni asyik termimpikan bonda yang jauh *tp selalu amat dekat di hati* Dapat bercakap dgn orang yang paling kite kasih amat menenangkan hati yang gusar.syukur! Ucapan ''rindu'' akhirnya terluah untuk insan yang paling ana hormat ini...erm,tenang yang amat!...^_^ Ana dpt bayangkan senyuman kebahagiaan terpalit disebalik wajah tenang itu.Moga Allah Ta'ala memberikan segala kebaikan dan kebahagiaan buatmu... u r da very great one!! bile lg bley peluk bonda~~~

Emm..bnyk brite dr bonda sepanjang kalam kmi td.2 3 hari lepas,bonda tetibe sesak nafas seketika,orang2 tua kata mungkin angin tersekat dlm badan,perut kosong katanya...terlalu sibuk sampai time makan terabai.bonda ke klinik,doktor ckp maigrain.terkejut! bimbang yang amat. tapi kata bonda dia tak pape...moga2~ana mintak bonda jaga kesihatan,perlu fikirkan diri jgk selain anak-anak.rasa nak nangis,tapi tahan jugak sebak kt dada time tu..tak nak bonda bimbang lagi.n then,lagi brita yang memeranjatkn,nenda ana ''kedatangan'',ana pon tak brape faham mksudnya.bonda jelaskn,nenda ana hampir nazak...innaliLlahi waiin ilaihi roji3un,hanya tu je kalimah yang t'pacul dr mulut ana.sedih sangat.skrang nenda kt Hospital Besar Terengganu,dlm keadaan xsedarkan diri.disuntik ubat penenang kata bonda.subhanaLlah...permudahkan urusan hamba-MU itu~Tak mahu p'kara yang sama sblum ni b'laku buat kali kedua.moga wan dikurniakan kesihatan b'panjangan..Ameen ya Rabb~

Em,satu lg brita yg lagi megejutkan ana *terkejut ke?*...uhuh~bonda ckp ada seseorang menelefon bonda ana 3 4 hri lepas. 'seseorang'??sapekah itu??? huhuh..bonda buat suspen jer.last2 dia ckp la siapa2...uhuh..mmg terkezut gak la. ;)) siapa erk?nama itu dirahsiakan dr pengetahuan umum.ehe~ sekadar mengelak dr fitnah...

Okay la,ana pun kesuntukan masa sebenarnya skarang ni..bnyk lg muqarrar yg perlu diteliti,dihafal lg...fenin3... bkn ape,sekadar berkongsi cerita n khobar :) tak putus2 ana mtk doa dr bonda iringi stiap p'jalanan hidup ana mngutip ilmu2 Allah di bumi auliya' ni.terima kasih bonda~ n da most important things ana nk kongsi,nasihat bonda ana yang terselit dlm kalam kami td tuk tenangkan ati anaknya yg ntah bile la akan tenang nih...''jaga hati elok2...jangan ada dendam dgn orang2 disekeliling kita...''ehmm... terlalu ringkas,tp dalam maknanya.renung2kan!kita semua sudah mampu mentafsir...kan?

Moga sgl amalan ana natijahnya baik-baik belaka.ya Rabb,permudahkanlah urusan hamba yang teramat lemah ini...Allahumma yassir,wa laa tu3assir...Allahumma ameen,amin,amin.Moga bonda diberi kekuatan berpanjangan tempuhi hidup tanpa pautan dari seorang peneman yang setia di sisi bonda selama ni.Anak2 bonda slalu saje cuba menopang bonda...kami penguat bonda! Buat nenda,moga rahmat n kasih sayang Allah mengiringimu saat usia makin menyingkat.Cucunda hanya mampu m'hantar doa dr jauh...Dan buat 'seseorang' itu,chukran jaziilan untuk usaha menanya khabar bonda.Terharu~ Anaknya kat sini tak tanya khabar jgk ker? ehe~ Moga amalanmu diberkati,insyaAllah.Terima kasih buat kesekian kali.

Jam empat pagi,uzlah time! Doakan ana untuk imtihan esok...ma3a slaamah~

..WaLlahu A3lam..


Sunday, February 1, 2009

*..Muslimah Acuan Al-Quran..*




Muslimah acuan al-Quran...
Ialah seorang muslimah yang beriman
Hatinya penuh rasa cinta berTUHAN
Yang hatinya merindui satu pertemuan abadi
Yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah dunia
Yang sanggup menitiskan mutiaranya yang tak ternilai
Demi kasih suci ILAHI...


Muslimah acuan al-Quran...
Ialah muslimah yang terjaga kalamnya
Berhati-hati dalam akhlaqnya
Yang tak takut berkata el-haq
Yang tak gentar dijengah mehnah
Walau nyawa jadi taruhan!

Muslimah acuan al-Quran...
Dialah wanita dijanjikan Tuhan
Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah bidadari wanita solehah buat agama

Muslimah acuan al-Quran...
Dialah muslimah yang tegas!
Tegas dalam menegakkan daulah Islamiyyah
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Bersuluh pelita iman,bersumbu taqwa...

Muslimah acuan al-Quran...
Dialah muslimah bersifat qana'ah
Baginya...kekayaan duniawi hanya seketika
Baginya...dunia hanya untuk meraih keuntungan dar hakiki
Baginya...cukuplah al-QURAN sebagai harta abadi

Muslimah acuan al-Quran...
Dialah muslimah yang tunduknya demi agamanya!
Hatinya subur dengan semangat jihad
Solatnya khusyu' berlantaikan tawadhu'
Suaranya lunak dengan iringan KalamuLlah
Menjadikan zikruLlah halwa ketenangan
Meletakkan Deenul ISLAM sebagai pakaian hidup...

Benar! Dia bukan Khadijah,wanita kesayangan Rasul SAW
Benar! Dia bukan Sumayyah,wanita cintakan syahid
Benar! Dia bukan Rabia'tul Adawiyyah,wanita yang merindui cinta Tuhannya
Namun...
Dialah wanita yang menjadi kecintaan bagi al-walidain
Dialah wanita yang menjadi kerinduan suami solehnya
Dan, dialah wanita....
Yang rela bermujahadah di bumi baraqah
Yang sanggup syahid dalam manhaj ISLAM

Benar...
Dialah wanita yang akan,sedang dan terus berjuang fisabiliLlah!
Demi menggapai impian tertinggi hidupnya...
...redha Tuhan Yang Maha Satu!


muslimah Pictures, Images and Photos

..di mana kita wahai jundul muslimah???...jom juang!..s.e.m.a.n.g.a.t.!.. ^_~


rintihanES-SUBH.....

menjelang subuh d bkt tursinah Pictures, Images and Photos

Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

" Assalamualaikum",seru Subuh.

" Wa'alaikumsalam",sahutku.

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Kutanya khabar subuh,bagaimana keadaanya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,"...aku baru saja melintasi satu tempat.Kucari tempat persinggahan,Ku ketuk rumah2 yang sunyi,tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan."Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya,tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.Orang2nya sepertimu,menyambutku dengan penuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud,puas kucari dibumi lain,tapi jarang ku jumpai.Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka".Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh,aku tiada menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti Shiyam",cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat."Roti itu ada tuan punya",kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?"rayuku pada Subuhu.

"Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan",pinta Subuh.

Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh,yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut.Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik didalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan yang dipintanya.Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...", seruku

"...mahukah kau tinggal selamanya denganku?Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.

"Aku perlu menziarahi ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh",...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"."InsyaAllah",jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?".Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamulaikum",seru Subuh.

" Wa'alaikumsalam",jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang semaik laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.


~ermm......Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor,Asar,Magrib dan Isyak?.....

siket biter dr UTUSAN~

..::Erdogan suara baru dunia Arab!::..


BENDERA Turki turut berkibaran di samping bendera Hamas semasa perhimpunan rakyat Palestin di Genting Gaza, kelmarin sebagai tanda penghargaan mereka terhadap keberanian Erdogan 'mengajar' Shimon Peres. - AP


ISTANBUL 31 Jan. - Tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertikam lidah dengan Presiden Israel di Forum Ekonomi Dunia di Davos semalam, mungkin menjejaskan kedudukan Turki sebagai perantara proses damai Asia Barat tetapi ia membantu mengukuhkan pengaruh serantaunya dalam jangka masa panjang.

Apabila Shimon Peres menuding jarinya ke arah Erdogan semasa mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, beliau mungkin tidak menyedari sikap Erdogan yang pantang dicabar sedemikian.

Erdogan semasa menjawab soalan Peres bagaimana beliau akan bertindak jika peluru roket ditembak ke Istanbul, yang pastinya bukan jawapan yang disediakan awal tetapi tepat kepada maksudnya.

"Presiden Peres awak lebih tua dari saya dan suara awak lebih nyaring,'' katanya kepada pemimpin Yahudi itu. ''Penyebab awak meninggikan suara adalah psikologi dari perasaan bersalah.

''Saya tidak akan meninggikan suara sebegitu. Apabila bercakap soal membunuh, awak lebih tahu bagaimana untuk membunuh. Saya amat maklum bagaimana anda menembak dan membunuh kanak-kanak di atas pantai,'' ujarnya pada Peres.

Ribuan rakyat Turki menyambut kepulangannya di Istanbul sambil mengibarkan bendera Turki dan Palestin.

Orang ramai memuji beliau kerana berani berdepan dengan layanan tidak adil di forum antarabangsa tersebut dan berani memberitahu Israel apa yang dirasai oleh ramai rakyat Turki mengenai serangan ke atas Gaza.

''Untuk kebanyakan bangsa Turki dan bukan hanya penyokongnya dalam Parti AK, Erdogan akan dilihat sebagai seseorang yang telah membawa kebanggaan kepada Turki.

''Di peringkat tempatan, ia sekurang-kurangnya akan mengukuhkan imej dan kredibiliti beliau, kata Cengiz Candar, seorang pakar isu Turki dan Asia Barat.

Turki, sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem sekular, berada dalam kedudukan unik di rantau ini kerana ia mempunyai hubungan rapat dengan Israel dan negara-negara Arab.

''Erdogan mungkin akan tercatat dalam sejarah diplomatik sebagai pemimpin Turki yang mengajar presiden Israel, tetapi persoalannya apakah Turki akan mendapat manfaat daripadanya?,'' kata penulis kolum, Murat Yetkin dalam akhbar Radikal.

''Bukankah ciri-ciri paling penting dimiliki Turki ialah keupayaannya untuk berunding dengan Israel, Syria dan Iran secara serentak?'' tambah beliau.

Peres berkata, beliau sudah bercakap dengan Erdogan menerusi telefon selepas debat di Davos itu, mungkin satu petanda Israel masih menghargai peranan Turki.

Erdogan sedang berusaha untuk membina jambatan dengan negara-negara Arab menunjukkan kesukaran yang dihadapi Turki.

Turki, sebagai anggota NATO yang juga mahu menyertai Kesatuan Eropah, telah meletakkan dirinya sebagai perantara dalam konflik Asia Barat.

Dalam dunia Arab, tindakan Erdogan telah disambut baik tatkala pemimpin-pemimpin mereka sendiri dikritik kerana gagal menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan lebih 1,300 orang Palestin.

''Dengan satu tindakan, mungkin tidak disengajakan, Erdogan kini menjadi hero dalam dunia Arab. Beliau telah menjadi suara bagi orang Arab semasa ketiadaan suara berwibawa dari pemimpin Arab sendiri,'' kata Candar.

Kerajaan-kerajaan Turki sebelum ini, secara umumnya menghindarkan diri daripada terlibat dengan dunia Arab dan memilih untuk menjalin hubungan lebih rapat dengan Barat.

''Daripada sudut pandangan politik, tindakan Erdogan adalah salah, mungkin juga bodoh... Tetapi seseorang perlu bersuara terhadap Israel dan saya gembira Erdogan telah berbuat demikian,'' kata Mustafa Aydin, 49, seorang tokoh tempatan di Istanbul. - REUTERS