Saturday, May 2, 2009

perlukah...?

In The Name of Allah The Most Gracious, The Most Merciful.


Kata dia, "Kawan ketawa di mana-mana, kawan menangis satu dalam seribu."

Kata kamu, "Teman macam belon, sekali lepas kamu tak akan dapat lagi yang sama seperti dia."

Kata saya, "Sahabat macam udara yang diperlukan, selalu ada tanpa kita sedari."


Erm...semalam sahabat saya tegur saya di kotak ruangan YM. Lama betul tak menyapa. Isi sembangan jelas tak macam dulu. Hambar. Tawar. Kadang-kadang termasin. Saya cuba letak gula, harapnya manis. Tapi sahabat saya tambah air...tawar lagi. Saya fikir saya tak perlu tambah apa-apa. Merasakan dia selesa,baru saya rasa selesa. Akhirnya kami rasa manis dengan sendiri.

Sahabat saya kata lagi, "Once when he lost from my life,then i'll come to you". Perlukah? Saya tak dapat fikir lagi. Saya senyum? Ya, saya senyum! Saya doakan dia sentiasa diiringi rahmat Allah dalam hidup,ameen.


...perlukah?...


~Musim ini akan meninggalkan kita. Menghitung rindu, mengutip kenangan. Walau di bumi mana dirimu ada...Kerana destinasi kita berbeza, ingatlah satu perkara...PERSAHABATAN itu SELAMANYA! Maut bukan juga noktah,kerana aku ada doa buat kamu.Kamu ada doa untuk aku.~


Handphone saya berbunyi nada mesej...
***
"SAHABAT...Andainya aku jatuh tersungkur di medan perjuangan ini,pimpinlah daku... Andai daku lalai di bawa arus dunia, tariklah daku ke jalan yang benar... Andainya daku lemah semangat dalam medan ini,tiupkanlah roh semangat ke dalam diriku... Semoga daku sentiasa bersamamu wahai SAHABAT untuk mendapat syahid di syurga ALLAH kelak...".
Mesej ini untuk setahun yang lalu.Tahun ini? Tahun-tahun seterusnya? Sudah tidak perlukah?...-tidak mengapa-


Tapi saya tetap nak hantar ini buat kamu~
Sahabatku,

Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.
Jikaku bersedih tanpa bicara,
Pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta.
Jikaku lemah tak berdaya,
Ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah aku meleraikan segera.
Jika pernah hatimu terluka,
Luahkanlah agar daku berubah. dan...
Jika esok kulena tanpa terjaga,
Iringkanlah lenaku dengan kalungan doa.

Mesej ini bukan untuk saat ini sahaja. Tapi untuk tiap-tiap saat yang saya ada!

3 comments:

خديجة خليلة said...

Seorang sahabat itu akan sentiasa ada bersama kita ; susah dan senang. Dia juga adalah yang tidak jemu menasihati dan mendengar kata-kata nasihat dari kita. Dia tidak pernah meninggalkan kita sewaktu hati kita perlu dan tidak perlu kepada dia. Pertemuan itu pasti, perpisahan itu pasti.

~nawanihamra'~ said...

Sejenak, mata saya tertancap pada helaian bab Adab Pergaulan,Persaudaraan dan Persahabatan pada kitab "Ihya' 3ulumiddeen",

Kata Abu Sulaiman ad-Darani rahimahullah: jangan sekali-kali engkau bersabahat melainkan dengan salah seorang dari dua orang berikut;

1. Orang yang engkau merasa senang dengannya dalam menguruskan hal-ehwal keduniaanmu.

2. Orang yang engkau dapat menambah faedah dan manfaat dalam hal-ehwal keakhiratanmu.

erm...betul cakap kak lilah~ dan dia tetap sahabat sy sebab kebaikannya buat sy berfikir,kekurangannya buat sy bermuhasabah...tak kira dalam apa situasi pun.Kan kak?

Syukran kak kerna sudi jadi seorang SAHABAT! terharu ni...~

clarisa said...

A pretty cool post. Really a very good and useful post. Thank you for visiting us too.
https://www.sepak-bola.com/