Thursday, May 14, 2009

--Si Bunga dan Si Rama-Rama--




Seorang pemuda berdoa kepada Allah agar diberikan BUNGA dan RAMA - RAMA...

Namun, Allah memberikannya KAKTUS dan ULAT...
Pemuda ini sedih, dan tak faham mengapa pemberiannya berbeza daripada permintaannya.

Kemudian...ia berfikir, Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas satu tempoh,pemuda ini memikirkan semula permohonan doanya yg telah lama dilupakan...

Tiba suatu saat, pemuda ini amat terperanjat pabila melihatkan pokok KAKTUS yg hodoh dan berduri itu tumbuh dengan BUNGA yg cantik!
Dan daripada ULAT yg terselindung telah bertukar menjadi RAMA - RAMA yang sangat cantik!

Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.
Cara Allah adalah cara terbaik walaupun kelihatan semuanya salah.
Jika kita memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, percayalah...
Pastinya Allah selau saja mengurniakan apa yang dipinta di ketika yang paling sesuai & terbaik.
Apa yg kita pinta, tidak semestinya apa yg kita perlukan...
Dan Allah tidak akan gagal memenuhi pemintaan, teruskn berdoa tanpa ragu dan mengeluh!
Duri hari ini adalah bunga hari esok...

Allah gives the very best to those who leaves the choices up to him.